welcome

ASSALAMUALAIKUM wbt.. SALAM SEJAHTERA... SALAM 1MALAYSIA

Thursday, September 8, 2011

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011

SK. Seri Tasek telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 08 September 2011. Sambutan dari kalangan pihak sekolah, pihak  pengurusan kelas prasekolah dan waris amat menggalakkan.Pelbagai juadah disajikan.  Terima kasih kepada pihak pengurusan prasekolah kerana menjemput unit prasekolah/permata ke jamuan tersebut.




Friday, August 26, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE-54

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 bakal menjelang, guru-guru prasekolah perlu merancang aktiviti yang sesuai untuk sambutan pada hari tersebut. Program 1Malaysia perlu dijayakan bersama. Hiasi sudut 1M dengan kreativiti anda.
Book mark & Key chain.. very cute

Cenderamata Sempena Hari Kemerdekaan dari SJK(T) Nibong Tebal... terima kasih kepada  guru-guru  dan PPM-PPM SJKT NT.

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua Guru Prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah. Semoga anda semua terus dikurniakan kebahagiaan dan dilimpahi keredhaan Allah sentiasa.  Mesyuarat akan datang khususnya untuk guru-guru prasekolah 08.09.2011 akan turut diadakan sambutan Hari Raya manakala untuk PPM pada 09.09.2011. Bersama kita memeriahkan sambutan hari raya tersebut.
Nasi kerabu  beli di pekan,
Juadah istimewa buat santapan,
Selamat Hari Raya saya ucapkan
Mohon maaf atas kesilapan.

"Potluck" biskut raya/ juadah hari raya amat dialu-alukan

SELAMAT HARI RAYA... MAAF ZAHIR & BATIN


Wednesday, August 10, 2011

SELAMAT BERPUASA

Ramadhan telah masuk hari ke-10. Semoga guru-guru prasekolah dan PPM Prasekolah terus tabah menghadapi kerenah anak-anak di bulan puasa ini. Bertindaklah dengan penuh berhemah dalam usaha membimbing anak-anak kecil yang baru mula belajar berpuasa. SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA..

Wednesday, June 15, 2011

Bengkel Pengurusan Sistem Fail Guru Prasekolah dan PPM Daerah SPS 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Satu bengkel akan diadakan pada 27 Jun 2011 pada jam 2.00 petang bertempat di Dewan Seminar, PPDS. Taklimat akan diberikan oleh En. Ariffin bin Ismail( Penyelia Prasekolah JPNPP). Bengkel ini diadakan untuk mengembeleng tenaga dan usaha antara guru-guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid dalam membina satu set fail yang standard khususnya untuk setiap kelas prasekolah di Daerah Seberang Perai Selatan. Kerjasama antara kedua-dua pihak amat penting dalam meningkatkan profesionalisme dan martabat pendidikan prasekolah khususnya di Pulau Pinang.

Semua guru dan PPM dikehendaki hadir. Sila bawa bersama kad biru.

PRASEKOLAH SELATAN 
CIPTA CEMERLANG 
GAPAI GEMILANG

Wednesday, June 8, 2011

Bengkel Perkongsian Bahan dan Penanda Aras Guru Prasekolah SPS dan Guru Prasekolah Daerah Kerian

Salam sejahtera...
Satu Lawatan Penanda Aras dan juga bengkel perkongsian bahan telah di adakan pada 01 Jun 2011. Guru-guru prasekolah Daerah Seberang Perai Selatan telah berkunjung ke SK. Seri Kerian dan SK. Titi Serong untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan khususnya dalam meningkatkan mutu pendidikan prasekolah di daerah masing-masing. Jalinan yang sedia terjalin kini diperkukuhkan lagi dengan kunjungan guru-guru prasekolah Daerah Seberang Perai Selatan  ke Daerah Kerian. Sambutan yang diberikan oleh kedua-dua sekolah yang dilawati amat dihargai. Sekalung penghargaan kepada sekolah yang sedia menerima kunjungan kami....
Terima kasih daun keladi...
Bergambar bersama di SK. Seri Kerian.

Penghargaan kepada Guru Besar SK. Seri Kerian

Kelas Prasekolah SK. Seri Kerian


Penyampaian cenderamata kepada GK. SK. Titi Serong

Kelas Prasekolah SK. Titi Serong

Tuesday, May 31, 2011

Lawatan Penanda Aras ke Daerah Kerian 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Lawatan Penanda Aras ke Kelas Prasekolah Daerah Kerian akan diadakan pada 1 Jun 2011 jam 8.00 pagi. Semua guru prasekolah yang berminat perlu berkumpul di SK. Permatang Tok Mahat. Dua buah sekolah yang akan dilawati adalah SK. Seri Kerian  dan SK. Titi Serong. Jumpa nanti...

Thursday, May 26, 2011

Sambutan Hari Guru Untuk Guru-guru Prasekolah Daerah SPS 2011

Sambutan Hari Guru untuk guru-guru prasekolah peringkat daerah SPS telah diadakan pada 24 Mei 2011. Unit Prasekolah PPDS amat berbesar hati di atas  jasa dan usaha yang guru-guru telah curahkan demi membantu anak-anak Malaysia....

PENDIDIK MENDIDIK TERDIDIK


                                                            GURU OH GURU


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979






Mesyuarat Pengurusan Guru-guru Prasekolah Kali Ke-2 Daerah Seberang Perai Selatan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Terima kasih atas laporan yang diberikan oleh semua sekolah dalam melaksanakan program yang dirancang bagi penggal pertama persekolahan. Usaha yang cikgu lakukan amat bermanfaat kepada semua anak didik kita.
Terima kasih kepada Puan Hajah Laila binti Megat Noordin kerana memberi keizinan kepada pihak pengurusan sekolah Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan untuk mengadakan mesyuarat di Sekolah Kebangsaan Saujana Indah. 

Terima kasih cikgu...

Thursday, May 19, 2011

Mesyuarat Pengurusan Guru-guru Prasekolah Kali Ke-2 Daerah Seberang Perai Selatan.

Mesyuarat Pengurusan Guru-guru Prasekolah akan diadakan pada 24 Mei 2011( Selasa)  bertempat di Bilik Mesyuarat SK. Saujana Indah pada jam 2.30 petang. Semua guru prasekolah perlu hadir dalam mesyuarat tersebut.  Surat telah diedarkan untuk makluman dan tindakan tuan/puan.

Sekian. Terima kasih.
    

Friday, April 1, 2011

Mesyuarat Pengurusan Pembantu Pengurusan Murid N17 Prasekolah Daerah SPS 1/2011

Salam Sejahtera

Semua Pembantu Pengurusan Murid perlu hadir ke Mesyuarat Pengurusan Pembantu Pengurusan Murid N17 Prasekolah Daerah Seberang Perai Selatan kali pertama 2011.  Mesyuarat tersebut akan diadakan pada 01 April 2011 pada jam 2.45 ptg, bertempat di Dewan Seminar PPDS.  Mesyuarat akan membincangkan tentang tugasan harian PPM yang standard.  

Wednesday, March 16, 2011

Mesyuarat Pengurusan Prasekolah Bagi Jurulatih Utama Negeri Pulau Pinang


 Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...
Mesyuarat Pengurusan Prasekolah Bagi Jurulatih Utama Negeri Pulau Pinang diadakan pada 15 - 17 Mac 2011 di Eagle Bay Hotel Langkawi. Antara pengisiannya adalah penyediaan Rancangan Pegajaran Harian, Prosedur Kemasukan Murid-Murid dan Tugas dan Peranan Pembantu Pengurusan Murid. Selain itu, guru-guru juga menjalankan bengkel untuk pembinaan lembaran kerja berdasarkan tunjang-tunjang pembelajaran. Kesemua hasil dapatan akan diselaraskan penggunaannya di semua prasekolah di negeri Pulau Pinang.

Saturday, March 5, 2011

Mesyuarat Verifikasi Data SMPK PPDS

Mesyuarat Verifikasi Data akan diadakan pada 9 hb Mac 2011 jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat PPDS.  Seorang wakil dikehendaki hadir dalam mesyuarat tersebut. Sila bawa broadband dan laptop sendiri. Sekiranya terdapat masalah, sila laporkan secara bertulis untuk memudahkan urusan kemaskini data tersebut.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Tuesday, March 1, 2011

Data Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) 2011

Semua guru prasekolah,
Mohon kerjasama semua guru prasekolah PPDS untuk melengkapkan data SMPK bagi tahun 2011. Semua data perlu dilengkapkan pada atau sebelum 09 Mac 2011. Data tersebut akan diverifikasikan pada 09 Mac 2011.  Seorang wakil diminta hadir untuk mesyuarat verifikasi tersebut. Penghargaan diberikan kepada sekolah yang telah berjaya melengkapkan data tersebut.
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Friday, February 11, 2011

Majlis Anugerah Kunci Emas Daerah Seb. Perai Selatan 2010


Majlis Anugerah Kunci Emas peringkat Daerah Seberang Perai Selatan telah berjaya dianjurkan pada 12 November 2010. Semua sekolah telah dilibatkan dalam pertandingan ini. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru-guru prasekolah amat dihargai. Sekalung penghargaan diucapkan kepadaTuan Pegawai Pelajaran Daerah, En. Mohd Ghazali bin Abu Bakar kerana sudi menyempurnakan majlis penyampaian anugerah tersebut.  Tahniah kepada semua pemenang.







Thursday, February 10, 2011

Kursus Pengurusan PPM Daerah Seberang Perai Selatan 2010


Kursus selama dua hari ini telah berlangsung pada 01-02 Disember 2010. Penglibatan dan kerjasama yang amat baik telah diberikan oleh kesemua PPM Daerah SPS. 
Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus PPM ini.










NKRA Pendidikan

Maklumat Bioadata Prasekolah 2011

Salam kepada semua warga pendidik prasekolah SPS

Sila semak email anda. Guru-guru dimohon untuk mengisi maklumat biodata dan di emailkan kepada saya sebelum 16 Feb. 2011.

Tuesday, February 8, 2011

Salam Perkenalan

Salam untuk semua guru prasekolah dan rakan-rakan..
Semoga dengan adanya blog ini akan dapat membantu puan-puan untuk mendapatkan informasi terkini khususnya berkenaan prasekolah di Daerah Seberang Perai Selatan.