welcome

ASSALAMUALAIKUM wbt.. SALAM SEJAHTERA... SALAM 1MALAYSIA

Monday, May 21, 2012

Program TEAM BUILDING Guru Prasekolah dan PPM PPDS 2012

Satu program Team Building  untuk guru-guru prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah telah berjaya dilaksanakan pada 19 Mei 2012. Sebanyak 55 buah kelas prasekolah yang terdiri daripada 55 orang guru dan 55 orang PPM telah menyertai porgram ini. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan seperti senamrobik, acara sukaneka dan 'chef pilihan'. Kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua peserta amat tinggi. Kejayaan program ini bergantung sepenuhnya kepada kesungguhan dan komitmen semua peserta dalam menjayakan aktiviti yang dirancang. Sesungguhnya tiada perkataan yang mampu diucapkan bagi menggambarkan betapa tingginya kerjasama dan perpaduan yang ditunjukkan oleh semua peserta dalam merealisasikan program ini.  Terima kasih kepada semua...
 
Pendaftaran peserta


Senamrobik diiringi muzik latar "Crazy Frog" bersama Jurulatih Guru Prasekolah 


Sukaneka "Bomba Kampung"


Seorang peserta dari pasukan Speedy tekun dalam menyiapkan hidangan..

Kreatifnya Kak Wa...

Persiapan terakhir untuk hidangan semua ahli dalam kumpulan

Bersama-sama menjamu selera setelah bertungkus lumus memasak..
 
 
 




Karnival NGO 1Malaysia

Satu pertandingan mewarna sempena KARNIVAL NGO 1M telah diadakan pada 26 April 2012 bertempat di Politeknik Seberang Perai. Pertandingan ini telah disertai oleh seramai 1089 murid-murid prasekolah sekitar Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara. Kesemua mereka adalah murid-murid prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertandingan Mewarna yang disertai oleh 1089 murid-murid prasekolah ini telah mencatat rekod penyertaan teramai dan diiktiraf di dalam Malaysia Book's of Records.  Karnival NGO 1M ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidddin bin Yassin.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Tan Sri Muhyiddin bin Yassin meninjau tapak pertandingan mewarna murid prasekolah.Terima kasih Tan Sri..


Seramai 1089 murid-murid prasekolah terlibat dalam pertandingan mewarna ini.


Timbalan PPDS, En Ahmad Ezzat bin Ismail turut hadir memeriahkan pertandingan mewarna ini.

Murid-murid prasekolah mempamerkan hasil kerja tangan mereka.


Tuan Pengarah Pelajaran, Tn Hj Ahmad Tarmizi bin  Kamaruddin turut sama memeriahkan Karnival NGO 1M


Antara Hasil Kerja Pemenang Pertandingan Mewarna 1M

Thursday, May 3, 2012

KURSUS ASAS GERAK TARI KREATIF BAGI GURU-GURU PRASEKOLAH 2012

Kursus Gerak Tari Kreatif Bagi Guru-guru Prasekolah 2012 telah diadakan pada 12 hingga 14 Mac di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pokok Sena dan SK Pokok Sena. Guru-guru prasekolah  Pulau Pinang seramai hampir 100 orang telah berkampung selama 3 hari di situ. Pelbagai genre tari diperkenalkan kepada guru-guru prasekolah. Selain itu guru-guru didedahkan dengan konsep ruang, props dan asas lakonan. Sikap guru-guru prasekolah yang sentiasa ingin belajar dan mencuba sering menceriakan suasana. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini...