welcome

ASSALAMUALAIKUM wbt.. SALAM SEJAHTERA... SALAM 1MALAYSIA

Monday, September 2, 2013

Program Peningkatan Profesionalisme Bahasa Inggeris Untuk Guru Prasekolah Daerah SPS 2013

Salam Sejahtera...
Program Peningkatan Profesionalisme Bahasa Inggeris telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Guru-guru prasekolah Daerah SPS telah hadir dengan jayanya dalam mendokong dan menyokong usaha yang dijalankan oleh BPG untuk memantapkan penguasaan dan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan mereka. Pelbagai aktiviti dijalankan oleh mentor. Hanya tinggal dua perjumpaan lagi untuk kita melengkapkan jumlah masa yang ditetapkan. Mentee.. teruskan semangat anda
Terima kasih atas kerjasama semua dalam menjayakan program ini...




Program Amalan Terbaik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah 2013

Salam Sejahtera...
Program Amalan Terbaik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah 2013 telah bermula. Fasa demi fasa telah dilalui. Bermula jerayawara sehinggalah ujilari kertas konsep amalan, semuanya dilaksanakan dengan tersusun. Harapan kita semoga calon-calon yang tersenarai pada tahun ini mampu memberi saingan hebat di peringkat kebangsaan nanti.
Kepada kontingen Pulau Pinang.. SELAMAT BERJUANG