welcome

ASSALAMUALAIKUM wbt.. SALAM SEJAHTERA... SALAM 1MALAYSIA

Monday, May 21, 2012

Program TEAM BUILDING Guru Prasekolah dan PPM PPDS 2012

Satu program Team Building  untuk guru-guru prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah telah berjaya dilaksanakan pada 19 Mei 2012. Sebanyak 55 buah kelas prasekolah yang terdiri daripada 55 orang guru dan 55 orang PPM telah menyertai porgram ini. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan seperti senamrobik, acara sukaneka dan 'chef pilihan'. Kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua peserta amat tinggi. Kejayaan program ini bergantung sepenuhnya kepada kesungguhan dan komitmen semua peserta dalam menjayakan aktiviti yang dirancang. Sesungguhnya tiada perkataan yang mampu diucapkan bagi menggambarkan betapa tingginya kerjasama dan perpaduan yang ditunjukkan oleh semua peserta dalam merealisasikan program ini.  Terima kasih kepada semua...
 
Pendaftaran peserta


Senamrobik diiringi muzik latar "Crazy Frog" bersama Jurulatih Guru Prasekolah 


Sukaneka "Bomba Kampung"


Seorang peserta dari pasukan Speedy tekun dalam menyiapkan hidangan..

Kreatifnya Kak Wa...

Persiapan terakhir untuk hidangan semua ahli dalam kumpulan

Bersama-sama menjamu selera setelah bertungkus lumus memasak..
 
 
 




Karnival NGO 1Malaysia

Satu pertandingan mewarna sempena KARNIVAL NGO 1M telah diadakan pada 26 April 2012 bertempat di Politeknik Seberang Perai. Pertandingan ini telah disertai oleh seramai 1089 murid-murid prasekolah sekitar Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara. Kesemua mereka adalah murid-murid prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertandingan Mewarna yang disertai oleh 1089 murid-murid prasekolah ini telah mencatat rekod penyertaan teramai dan diiktiraf di dalam Malaysia Book's of Records.  Karnival NGO 1M ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidddin bin Yassin.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Tan Sri Muhyiddin bin Yassin meninjau tapak pertandingan mewarna murid prasekolah.Terima kasih Tan Sri..


Seramai 1089 murid-murid prasekolah terlibat dalam pertandingan mewarna ini.


Timbalan PPDS, En Ahmad Ezzat bin Ismail turut hadir memeriahkan pertandingan mewarna ini.

Murid-murid prasekolah mempamerkan hasil kerja tangan mereka.


Tuan Pengarah Pelajaran, Tn Hj Ahmad Tarmizi bin  Kamaruddin turut sama memeriahkan Karnival NGO 1M


Antara Hasil Kerja Pemenang Pertandingan Mewarna 1M

Thursday, May 3, 2012

KURSUS ASAS GERAK TARI KREATIF BAGI GURU-GURU PRASEKOLAH 2012

Kursus Gerak Tari Kreatif Bagi Guru-guru Prasekolah 2012 telah diadakan pada 12 hingga 14 Mac di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pokok Sena dan SK Pokok Sena. Guru-guru prasekolah  Pulau Pinang seramai hampir 100 orang telah berkampung selama 3 hari di situ. Pelbagai genre tari diperkenalkan kepada guru-guru prasekolah. Selain itu guru-guru didedahkan dengan konsep ruang, props dan asas lakonan. Sikap guru-guru prasekolah yang sentiasa ingin belajar dan mencuba sering menceriakan suasana. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini...



Wednesday, March 28, 2012

Taklimat Kesedaran Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut Kepada PPM

Salam sejahtera...
Penyakit HFMD telah mula menular dalam kalangan masyarakat. Golongan kanak-kanak merupakan golongan yang berisiko tinggi. Menyedari hakikat pentingnya pengetahuan dan kesedaran tentang penyakit ini maka satu taklimat telah dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah SPS dan Unit Prasekolah/PERMATA PPDS. Sasarannya adalah dalam kalangan PPM Prasekolah KPM Daerah SPS, Pengusaha Tadika Swasta dan juga Pihak JPNIN dan KEMAS.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

Pre Test HFMD...

Tetamu Jemputan Dari Pejabat Kesihatan Daerah SPS

Sesi soaljawab bersama Pegawai Kesihatan..

Post test HFMD..

Sijil Penyertaan untuk semua peserta kursus

Tuesday, March 27, 2012

PERSARAAN PUAN AZIAH BINTI SALEH

JASAMU DIKENANG...
Sekalung  penghargaan diucapkan kepada Puan Aziah binti Saleh di atas perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau yang melebihi tiga dekad, komitmen yang dipamerkan amat tinggi.
 
Untuk Kak Aziah,

Melangkah pendidik dengan semangat
Ilmu di dada sarat padat
Mencapai visi dan matlamat
Bagi mengangkat martabat  umat
 
Bunga mawar  tumbuh merata,,
Semerbak bau nafas dihela,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran baru kini bermula.

Terima kasih cikgu...
Penyampaian Sijil Penghargaan dari Pihak PPDS ...

Hadiah dan cenderamata untuk guru yang telah banyak berjasa...
 



Thursday, January 26, 2012

Foto Sekitar Kursus Etiket dan Protokol...

Penceramah, En. Mohd Rizal bin Ismail

Sedang mengira aksesori yang dipakai...

Jangan lupa name tag ye..

Penuh tumpuan..

Perkongsian ilmu yang padat dan bermanfaat

KURSUS ETIKET DAN PROTOKOL PPM PRASEKOLAH SPS 2011

Hai.. salam untuk semua

Ramai daripada kita berasa canggung ketika menghadiri sesuatu majlis terutamanya majlis formal. Kesesuaian pakaian, adab dan tingkahlaku yang dipamerkan sering dinilai. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang etiket dan protokol perlu diketahui oleh semua lapisan khususnya kakitangan awam. Menyedari hakikat ini, satu kursus jangka pendek telah dianjurkan oleh Unit Prasekolah/PERMATA PPDS kepada semua PPM Prasekolah pada 29 Disember 2011. Pelbagai informasi dikongsi bersama sepanjang kursus ini berlangsung. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Rizal bin Ismail, Ketua Unit Akademik PPDS merangkap pegawai protokol PPDS. Segala teori dan praktikal yang dijalankan pasti akan dipraktikkan oleh semua PPM. Terima kasih juga kepada semua PPM di atas sikap yang amat "sporting" semasa kursus ini dijalankan.

TAKLIMAT INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK BERISIKO

Salam Sejahtera

Intervensi Awal untuk kanak-kanak berisiko merupakan program yang amat penting kepada kanak-kanak prasekolah. Pendedahan awal tentang program ini amat penting untuk diketahui oleh semua guru prasekolah dan juga PPM Prasekolah. Sekiranya kanak-kanak ini dikenalpasti lebih awal maka  mudahlah mereka diberi perhatian yang sewajarnya.   Sekalung Penghargaan kepada En. Osman bin Hashim, Pen. PPD PPDS ( PEMULIHAN, PENDIDIKAN KHAS & SWASTA) di atas taklimat yang disampaikan.  Terima kasih kepada semua guru dan PPM Prasekolah SPS di atas kerjasama yang diberikan sepanjang taklimat ini berlangsung.
Pendaftaran peserta

Edaran Bahan

Penceramah, En. Osman bin Hashim

Peserta taklimat

Banyak informasi dikongsi bersama sepanjang taklimat berikan.

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Salam Sejahtera

Kekangan masa membataskan saya untuk update blog. Walaupun Januari telah hampir ke penghujung, namun harapan saya agar ianya masih belum terlewat bagi saya untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua warga pendidik khususnya kepada semua guru Prasekolah juga PPM SPS.